Apr 13, 2010

Zombie pun ada dalam Masyarakat Melayu!


Kebanyakkan dari kita apabila dengar perkataan zombie pasti tahu ianya adalah setubuh mayat hidup berjalan kebinggungan.Menu kegemaran Zombie adalah daging manusia yang masih hidup!!.Jangan gerun dan takut pulak kerana ianya cumalah cerita fiksyen horror dalam filem-filem Hollywood.
Kisah zombie sebenarnya ada kaitan dengan amalan voodoo di kebanyakkan negara di rantau Carribbean terutamanya di Haiti.Itu di sana tahukah kita bahawa dalam masyarakat melayu kitapun ada makhluk yang dipanggil zombie?
'Zombie melayu' yang aku maksudkan ialah Hantu Raya.Kenapa aku katakan begitu?Inilah beberapa kajian yang telah ku buat tentang antara zombie dan hantu raya ini.
Kita sedia maklum akan perihal hantu raya ini yang sememangnya sebati dalam dunia melayu ini.Hantu raya adalah hantu yang boleh dibela untuk dijadikan kawan ataupun pembantu mahupun penjaga.Hantu raya selalunya akan diberi tugas menjaga keselamatan tuannya,harta dan keluarga tuannya dan melakukan kerja2 berat.Tapi bagi kebanyakkan kes hantu raya juga boleh digunakan untuk memusnahkan musuh dan mereka yang tidak disukai oleh tuannya.Untuk memelihara hantu raya ini tuannya perlulah selalu menyediakan hidangan yang bukan sikit modalnya iaitu pulut kuning,telur rebus dan ayam panggang,jika tuannya gagal memberi makan kepadanya maka hantu raya ini akan mengamuk sehingga boleh mengancam keselamatan tuannya.
Satu perkara tentang hantu raya ni sebelum tuannya mati maka amalan membela hantu raya ni perlu diturunkan kepada pewarisnya yang terdekat paling molek si anak tuannya,jika anak tuannya enggan maka selagi itulah hantu raya terus menggunakan tubuh tuannya walaupun sesudah mati.Itulah ada beberapa peristiwa mayat tuannya yang telah dikebumikan siang tadi tiba-tiba muncul pada malam hari yang sama menyelongkar dapur untuk makan nasi.Cara hantu raya menggunakan tubuh tuannya yang sudah mati setelah gagal mendapatkan tuannya yang baru lebih mirip kepada watak makhluk zombie yang selalu ada dalam filem-filem horror barat cuma yang bezanya 'zombie melayu 'kita ni tidak gemar memakan daging manusia hidup berbeza dengan 'zombie orang putih'yang gemar memakan daging si hidup.
Kadang-kala sesuatu yang dianggap donggeng dan mitos sebenarnya merupakan perkara yang benar didunia nyata ini.Sesungguhnya Allah Maha tahu segala-galanya termasuk dalam perkara yang ghaib.


Sekian