May 30, 2010

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia.

PENJARING PERTAMA PIALA DUNIA


Pemain skuad Perancis Lucien Laurent merupakan orang pertama menjaringkan gol pada Temasya Piala Dunia yang pertama dalam tahun 1930 ketika Perancis menentang Mexico.


Lucien menjaringkan gol minit ke 13.Perancis menang keatas Mexico 4-1.


(1907-2005 Lucien Laurent,penjaring gol pertama dalam Sejarah Piala Dunia)

Sejarah dan Fakta Piala Dunia

SISTEM KAD KUNING DAN MERAH
DAN PEMAIN YANG PERTAMA DIBUANG
PADANG

Tahukah anda bahawa penggunaan kad kuning dan merah untuk mengadili permainan bolasepak hanya bermula pada tahun 1974 sewaktu Piala Dunia di Jerman Barat.

Pemain Chile,Carlos Caszely (Gambar) merupakan orang yang pertama menerima kad merah pada minit ke 67 ketika skuad Chile menentang Skuad Jerman Barat pada temasya tersebut.

May 29, 2010

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia


SEJARAH PIALA DUNIA 1930

Sejarah Piala Dunia bermula pada tahun 1930 dimana Uruguay menjadi tuan rumah.Pada masa itu jumlah pasukan bertanding tidak sampai 20 negara yang kebanyakkannya dari negara-negara Amerika Selatan,Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah,tiada wakil dari rantau Asia dan juga Afrika.
Pada Temasya Piala Dunia 1930 itu pasukan Uruguay menjadi juara piala dunia yang pertama selepas membenam pasukan Argentina 4-2.
(Gambar diatas adalah skuad kebangsaan Uruguay pada temasya piala dunia yang ke pertama tahun 1930)