Jul 23, 2011

Misteri Kota Atlantis Yang Hilang



Atlantis .. sebuah kota purba moden yang hilang dalam sekelip mata. Menurut ahli falsafah Yunani Purba, Plato menyatakan Atlantis tenggelam di bawah ombak besar "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku pada 9,000 tahun sebelum zaman kelahirannya.

Kota Atlantis dikelilingi benteng air berbentuk cincinMenurut cacatan dialog Plato's Timaeus dan Critias, Pulau Atlantis terletak "melepasi tiang Hercules" dan merupakan kuasa marin yang kuat sehingga berjaya menakluki sebahagian besar Eropah Barat dan Afrika. Namun ketika Atlantis bersiap sedia menyerang Athens, tamadun itu hilang begitu sahaja.

Peta Atlantis, Athanasius Kircher's di tengah Lautan Atlantik dari MundusSubterraneusyang diterbitkan pada 1669

Kota Atlantis dipercayai terletak di Samudra Atlantik diantara benua Afrika dan AmerikaPencarian dimana letaknya Atlantis mencetus minat ramai pengkaji sejarah untuk mengetahui dimana lokasi sebenarnya Atlantis sehinggakan banyak andaian dibuat. Antaranya Al-Andalus, Kreta dan Santorini, Turki, Siprus, Timur Tengah, Malta,Troy, Antarktika, Australia, Indonesia dan banyak lagi.Kini, kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya , mereka mungkin telah menemui lokasi bandar purba Atlantis yang hilang sejak beribu² tahun selepas ianya dilanda tsunami besar sehingga menyebabkan bandar itu tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.Kawasan yang diliputi tanah paya di Dona Ana Park, selatan Sepanyol, dipercayai merupakan lokasi tertimbusnya Atlantis selepas ia dilanda tsunami beribu² tahun lalu

Ilustrasi pelukis mengenai tamadun AtlantisPenemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis hari ini."Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri² bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut.

Antara lokasi penemuan yang dipercayai bandar Atlantis. Kedudukannya yang bertentangan dengan Selat Gibratar menguatkan lagi dakwaan tersebut. (Google Maps,31.5 , -24.5)Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu. Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negara Sepanyol. Sumber Rujukan: Atlantis: Kota Kristal Pencarian bandar purba yang hilang dalam satu hari satu malam anastasyea.com