Jun 24, 2010

'PENANGAN' TEMAN WANITA IKER CASILLAS.



Kekalahan mengejut pasukan Sepanyol kepada pasukan Switzerland pada perlawanan awal untuk Kumpulan H yang lepas memang mengejut.Masakan ini berdasarkan pada kepada kedudukan ranking sepanyol di tempat ke-2 terkuat selepas Brazil boleh tumbang kepada pasukan di tempat ranking FIFA yang ke-24 dunia,Switzerland.

Kebanyakkan rakyat dan peminat pasukan Sepanyol menyalahkan Sara Carbonero (Gambar) teman wanita kepada kapten dan penjaga gol Sepanyol,Iker Casillas sebagai punca kekalahan tipis sepanyol kepada switzerland.

Sara Carbonero yang bertugas sebagai wartawan untuk stesen TV sepanyol.Telecinco kebetulan diberi tugas untuk berita perlawanan diantara sepanyol dan switzerland tersebut.Sara dikatakan memakai pakaian seksi dan berada dibelakang gawang gol yang dikawal oleh 'boyfriendnya' itu,si iker casillas.Ramai peminat dan penyokong Sepanyol percaya Iker Casillas kurang memberi tumpuan kerana terbayang akan keseksian Sara yang berada dibelakangnya.Dalam perlawanan kumpulan H tersebut Sepanyol tewas 0-1 kepada Switzerland.

Kasihan Sara,kalau sudah kalah macam-macamlah perkara yang hendak dipersalahkan oleh peminat dan penyokong yang tidak boleh menerima hakikat adat permainan iaitu menang dan kalah.

Jun 9, 2010

FAKTA PIALA DUNIA 2010: DATA PASUKAN TUAN RUMAH,AFRIKA SELATAN






PASUKAN : AFRIKA SELATAN



NAMA GLAMOUR : BAFANA-BAFANA (BAHASA ZULU BERMAKSUD THE BOYS)



JURULATIH : CARLOS ALBERTO



KAPTEN : AARON MOKOENA



PEMAIN TONGGAK/HARAPAN : BENNI McCARTHY



KEDUDUKAN DALAM FIFA : 83



PENAMPILAN DALAM PIALA DUNIA : 2 KALI IAITU PADA TAHUN 1998 DAN 2002



PENCAPAIAN TERBAIK : JUARA UNTUK PIALA AFRIKA 1996



KOMEN BLOGGER : JIKA AFRIKA SELATAN BERJAYA KE SAINGAN PERINGKAT KE-2 MAKA INILAH REKOD TERBAIK PASUKAN TERSEBUT BERBANDING 1998 DAN 2002 YANG HANYA BERSAING DALAM SAINGAN AWAL PERINGKAT KUMPULAN



AFRIKA AKAN MENENTANG PASUKAN MEXICO PADA 11 JUN 2010 SEBAGAI PERLAWANAN PEMBUKA TIRAI PIALA DUNIA 2010 YANG BERLANGSUNG DI JOHANNESBURG.WAKTU MALAYSIA ADALAH 10.00 MALAM















Jun 6, 2010

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia



DITEMBAK MATI SELEPAS TERSUMBAT GOL SENDIRI



Andres Escobar (1967-1994) Pemain Tengah Colombia ditembak mati akibat tersumbat gol sendiri ketika pasukan Colombia menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Piala Dunia tahun 1994.Dalam perlawanan itu Colombia tewas 1-2 kepada Amerika Syarikat.
Pembunuhan Andres adalah kaitan dengan kehilangan taruhan wang yang terlalu banyak dikalangan raja-raja kartel dadah Colombia yang terlalu yakin Colombia boleh menang keatas Amerika Syarikat,negara yang bukan tradisi handal dalam bolasepak.



Andres ditembak 12 kali diluar sebuah bar di Medellin.Pembunuh melaungkan 'Gol' selepas satu das dilepaskan yang sekaligus menamatkan riwayat andres.
Pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat,Colombia diletakkan dalam kumpulan A bersama Romania,Switzerland dan Amerika Syarikat.Colombia cuma menang keatas Switzerland sahaja dan tewas kepada Romania dan AS.Colombia berada di tempat kebawah tercorot dalam kumpulan A.



Jun 5, 2010

Ringkasan Khas Piala Dunia 2010


SI JELITA SAMBA

Gambar si Jelita penyokong pasukan Raja Samba-Brazil.Mampukah Brazil menambah koleksinya sebagai Juara Piala Dunia-ke 6?
Brazil diletakkan didalam Kumpulan G bersama Portugal Korea Utara dan Republik Cote d'avoire untuk Piala Dunia 2010 ini.

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia.


DIEGO MARADONA


Nama : Diego Armando Maradona

Tarikh Lahir : 30 Oktober 1960

Tempat Lahir : Lanus Argentina

Kelab Pertama : Argentinos Juniors 1976-1981 (liga Argentina)

Kelab Terakhir : Boca Juniors 1995-1997 (liga Argentina)

Kelab Antarabangsa : Barcelona 1982-1984 (liga Sepanyol),Napoli 1984-1991 (liga Itali)

Mewakili Argentina ke Piala Dunia : 1982-1994

(Pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat beliau hanya sempat bermain 2 perlawanan sebelum dihantar pulang ke Argentina kerana masalah dadah)

Berita lain : Maradona menghadapi masalah ketagihan alkohol dan dadah.Beliau dikatakan berhutang dengan kerajaan Itali ketika menetap di Itali mewakili kelab Napoli berjumlah 37 juta euro,hanya mampu membayar 42.000 euros dan mengadai 2 jam mewahnya.

Status Terkini : Pengurus Argentina

Jun 2, 2010

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia






KISAH KELAKAR PADA PIALA DUNIA 1950.
Jangan terkejut bila saya katakan India pernah layak ke Piala Dunia.
Sebenarnya memang benar, India layak Ke Piala Dunia dalam Tahun 1950 Yang berlangsung di Brazil tapi menarik diri kerana tidak puashati akan Peraturan FIFA merlarang pemain-pemain India menanggalkan kasut ketika bermain.
Bagi pemain-pemain India bermain tanpa kasut atau berkaki ayam ketika bermain bola dianggap selesa dan perkara biasa
Macam-Macam tapi memang lucu.
(Kedudukan Pasukan Bolasepak India di Peringkat Antarabangsa terkini-133)

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia


ROGER MILLA BINTANG GEMERLAPAN DARI AFRIKA.

Roger Milla (Gambar) merupakan bekas pemain Cameroon yang mencipta title sebagai pemain Afrika yang terbaik pada zamannya bermula dari Piala Dunia 1978 hingga Piala Dunia 1994.Roger Milla boleh bermain dalam semua posisi dalam satu permainan.Bolehkah kalau kita berada di tempat beliau semua boleh pergi, baik menyerang,bertahan atau di posisi midfielder (tengah) memang letih tapi tidak mustahil bagi Encik Roger Milla-lari macam cheetah,seluruh padang bola itu dah macam padang safari.

Perkara yang menarik yang lain tentang Roger Milla ini ialah bila beliau berjaya menjaringkan gol beliau akan menari kegembiraan berlari seluruh padang,setiap posisi sudut beliau akan terus menari.Pada Piala Dunia 1994 beliau dinobatkan sebagai pemain dan penjaring paling tua ketika berusia 42.Pada Piala Dunia 1994 tersebut pasukan Cameroon tersingkir awal diperingkat awal kumpulan tapi pada perlawanan menentang Russia itu Roger berjaya menjaringkan satu gol menjadikan beliau sebagai penjaring paling tua iaitu 42 tahun.

Roger Milla pernah bermain untuk liga Super Indonesia mewakili kelab Pelita Jaya bagi tahun 1994 hingga 1996 dan yang terakhir untuk kelab Putra Samarinda.
Roger Milla juga merupakan dikalangan 125 pemain bolasepak terbaik dunia dan pada tahun 2006 beliau dinobatkan pemain terbaik Afrika pada abad ke-20.

Jun 1, 2010

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia

PASUKAN PALING BANYAK
MENJARINGKAN GOL



Pada Piala Dunia 1954 di Switzerland,Pasukan Hungary (Gambar) merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol iaitu 27.Pasukan Hungary layak ke peringkat akhir tapi kalah tipis di tangan pasukan Jerman Barat iaitu 2-3.