Jun 6, 2010

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia



DITEMBAK MATI SELEPAS TERSUMBAT GOL SENDIRI



Andres Escobar (1967-1994) Pemain Tengah Colombia ditembak mati akibat tersumbat gol sendiri ketika pasukan Colombia menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Piala Dunia tahun 1994.Dalam perlawanan itu Colombia tewas 1-2 kepada Amerika Syarikat.
Pembunuhan Andres adalah kaitan dengan kehilangan taruhan wang yang terlalu banyak dikalangan raja-raja kartel dadah Colombia yang terlalu yakin Colombia boleh menang keatas Amerika Syarikat,negara yang bukan tradisi handal dalam bolasepak.



Andres ditembak 12 kali diluar sebuah bar di Medellin.Pembunuh melaungkan 'Gol' selepas satu das dilepaskan yang sekaligus menamatkan riwayat andres.
Pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat,Colombia diletakkan dalam kumpulan A bersama Romania,Switzerland dan Amerika Syarikat.Colombia cuma menang keatas Switzerland sahaja dan tewas kepada Romania dan AS.Colombia berada di tempat kebawah tercorot dalam kumpulan A.



No comments:

Post a Comment