Jun 2, 2010

Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia


ROGER MILLA BINTANG GEMERLAPAN DARI AFRIKA.

Roger Milla (Gambar) merupakan bekas pemain Cameroon yang mencipta title sebagai pemain Afrika yang terbaik pada zamannya bermula dari Piala Dunia 1978 hingga Piala Dunia 1994.Roger Milla boleh bermain dalam semua posisi dalam satu permainan.Bolehkah kalau kita berada di tempat beliau semua boleh pergi, baik menyerang,bertahan atau di posisi midfielder (tengah) memang letih tapi tidak mustahil bagi Encik Roger Milla-lari macam cheetah,seluruh padang bola itu dah macam padang safari.

Perkara yang menarik yang lain tentang Roger Milla ini ialah bila beliau berjaya menjaringkan gol beliau akan menari kegembiraan berlari seluruh padang,setiap posisi sudut beliau akan terus menari.Pada Piala Dunia 1994 beliau dinobatkan sebagai pemain dan penjaring paling tua ketika berusia 42.Pada Piala Dunia 1994 tersebut pasukan Cameroon tersingkir awal diperingkat awal kumpulan tapi pada perlawanan menentang Russia itu Roger berjaya menjaringkan satu gol menjadikan beliau sebagai penjaring paling tua iaitu 42 tahun.

Roger Milla pernah bermain untuk liga Super Indonesia mewakili kelab Pelita Jaya bagi tahun 1994 hingga 1996 dan yang terakhir untuk kelab Putra Samarinda.
Roger Milla juga merupakan dikalangan 125 pemain bolasepak terbaik dunia dan pada tahun 2006 beliau dinobatkan pemain terbaik Afrika pada abad ke-20.

No comments:

Post a Comment