Feb 18, 2010

Roket terbaru Iran


Iran berjaya merlancarkan roket terbarunya 'kavoch 2' pada awal bulan ini.Bagi pihak barat roket tersebut boleh membawa senjata nuklear.Washington telah menghantar setiausaha negaranya hillary clinton ke negara-negara teluk untuk mendapat sokongan antarabangsa mengenakan sekatan lebih berat keatas Iran.
(Komen blogger:Bukti Iran memajukan bidang nuklear kearah tujuan ketenteraan masih lagi samar-samar sedangkan Israel sudah terbukti jelas memiliki senjata nuklear yang merupakan ancaman sebenar kepada rantau Asia barat dan timur tengah

Feb 17, 2010

Gambar-gambar sekitar perjumpaan semula bekas pelajar ACS Ipoh






















Ibarat 'sireh pulang ke gagang' itulah yang dapat ku katakan pada perjumpaan semula bekas pelajar-pelajar muslim ACS Ipoh untuk batch SPM 1989 hingga ke batch SPM 1992.
Walaupun wajah sedikit dimamah usia dan perut makin memboroi tapi bila dah terjumpa budak-budak lama tabiat dulu kembali-kegilaan dan kenakalan diwaktu persekolahan dahulu.
Pertemuan pada 15 feb itu mungkin bukan yang pertama dan yang terakhir tapi akan diadakan pada masa yang akan datang yang sesuai berikutan perlancaran persatuan bekas-bekas pelajar muslim ACS.Jawatan Presiden,Timbalan Presiden,Setiausaha,Bendahari dan beberapa AJK telah diundikan pada majlis tersebut.
Akupun tak tahu siapa yang menjadi Presiden dan lain-lain lagi sebab terpaksa pulang awal kerana aku terpaksa bergegas balik ke KL pada pukul 9.00 pagi esok.
(AL-Fatihah diucapkan kepada Allahyarham Cikgu Salleh dan Cikgu Nordin.Jasa mereka akan tetap terus dikenang)
Semoga berjumpa lagi...
Sekian












Feb 14, 2010

Reunion Ex- Student


(Story update today 17-02-2010)

Alhamdulilah akhirnya majlis 'jejak kasih' menemui kawan-kawan seperjuangan masa zaman persekolahan dahulu berjaya.
Majlis perjumpaan tersebut telah diadakan di hotel Sri Malaysia cawangan Ipoh pada 15 Feb lepas.Aku difahamkan majlis tersebut bukannya hanya dihadiri oleh mereka yang seangkatan denganku iaitu batch SPM 1990 tapi turut dihadiri mereka senior batch SPM 1989 dan Junior batch SPM 1991 dan 1992.Apa yang menarik tentang perjumpaan tersebut ialah ianya turut dihadiri oleh bekas guru dan guru yang masih mengajar semasa zaman aku dahulu.

Gambar dan Video akan disiarkan nanti.

Feb 13, 2010

Kapal selam rosak...!



Apa sudah jadi,sudahlah 2 enjin jet pejuang hilang dan rahsia ketenteraan diberitakan bocor angkara 'orang dalam' dalam ATM yang diupah oleh pihak asing kini timbul pulak isu baru kapal selam pertama negara mengalami kerosakan.




Diharapkan selepas ini no more bad news from military.Harap ATM dapat atasi masalah2 ini dengan segera kerana ianya melibatkan maruah,kepentingan dan keselamatan negara.

Mengingati ulangtahun kelahiranku.

Tanggal 12 februari adalah tanggal ulangtahun kelahiran ku di dunia ini.Kini umurku sudahpun menjangkau 37 tahun cuma tinggal beberapa tahun lagi aku akan meniti ke usia 40-an.

Dalam peringkat umurku yang dewasa ini semestinya banyak peristiwa dan pengalaman hidup yang telah ku tempuhi.
Bagi aku tanggal 12 februari juga adalah tanggal bagi kelahiran beberapa tokoh penting dan juga peristiwa bersejarah.

Tokoh/Selebriti.
1.Raja Conrad,Raja bagi negara Jerman dan Itali (1074)
2.Abraham Lincoln,Bekas Presiden AS yang ke-16 (1809)
3.Tun Hussein Onn,Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 3 (1922)
4.Christina Ricci,Aktres Hollywood (1980)

Peristiwa Penting.
1.1502,Vasco De Gama telah berlayar dari Lisbon,Portugal ke India buat kali ke-2
2.1771,Gustav 111 telah ditabalkan menjadi Raja Sweden.
3.1912 Negara China mula menggunakan tahun kalendar Gregorian.
4.Kesatuan Soviet Union melancarkan roket Venera 1 menhampiri planet Venus