Feb 17, 2010

Gambar-gambar sekitar perjumpaan semula bekas pelajar ACS Ipoh






















Ibarat 'sireh pulang ke gagang' itulah yang dapat ku katakan pada perjumpaan semula bekas pelajar-pelajar muslim ACS Ipoh untuk batch SPM 1989 hingga ke batch SPM 1992.
Walaupun wajah sedikit dimamah usia dan perut makin memboroi tapi bila dah terjumpa budak-budak lama tabiat dulu kembali-kegilaan dan kenakalan diwaktu persekolahan dahulu.
Pertemuan pada 15 feb itu mungkin bukan yang pertama dan yang terakhir tapi akan diadakan pada masa yang akan datang yang sesuai berikutan perlancaran persatuan bekas-bekas pelajar muslim ACS.Jawatan Presiden,Timbalan Presiden,Setiausaha,Bendahari dan beberapa AJK telah diundikan pada majlis tersebut.
Akupun tak tahu siapa yang menjadi Presiden dan lain-lain lagi sebab terpaksa pulang awal kerana aku terpaksa bergegas balik ke KL pada pukul 9.00 pagi esok.
(AL-Fatihah diucapkan kepada Allahyarham Cikgu Salleh dan Cikgu Nordin.Jasa mereka akan tetap terus dikenang)
Semoga berjumpa lagi...
Sekian












No comments:

Post a Comment