Jun 24, 2010

'PENANGAN' TEMAN WANITA IKER CASILLAS.



Kekalahan mengejut pasukan Sepanyol kepada pasukan Switzerland pada perlawanan awal untuk Kumpulan H yang lepas memang mengejut.Masakan ini berdasarkan pada kepada kedudukan ranking sepanyol di tempat ke-2 terkuat selepas Brazil boleh tumbang kepada pasukan di tempat ranking FIFA yang ke-24 dunia,Switzerland.

Kebanyakkan rakyat dan peminat pasukan Sepanyol menyalahkan Sara Carbonero (Gambar) teman wanita kepada kapten dan penjaga gol Sepanyol,Iker Casillas sebagai punca kekalahan tipis sepanyol kepada switzerland.

Sara Carbonero yang bertugas sebagai wartawan untuk stesen TV sepanyol.Telecinco kebetulan diberi tugas untuk berita perlawanan diantara sepanyol dan switzerland tersebut.Sara dikatakan memakai pakaian seksi dan berada dibelakang gawang gol yang dikawal oleh 'boyfriendnya' itu,si iker casillas.Ramai peminat dan penyokong Sepanyol percaya Iker Casillas kurang memberi tumpuan kerana terbayang akan keseksian Sara yang berada dibelakangnya.Dalam perlawanan kumpulan H tersebut Sepanyol tewas 0-1 kepada Switzerland.

Kasihan Sara,kalau sudah kalah macam-macamlah perkara yang hendak dipersalahkan oleh peminat dan penyokong yang tidak boleh menerima hakikat adat permainan iaitu menang dan kalah.

No comments:

Post a Comment