Oct 18, 2011

Perisik yang bernilai Sejuta Dollar



Saya hendak menyampaikan cerita sebagai pengajaran kepada kita semua & menyampaikan kebenaran yang berlaku di dunia Islam....bukan memberi sanjungan terhadap Yahudi atau Isreal... tetapi suatu kisah benar yang kita boleh ambil iktibar...Pada penghujung tahun 1950-an , negara Isreal berasa amat terkejut dengan beberapa siri pengintip yang dilakukan oleh kumpulan2 pengintip Arab bagi menghancurkan negara Isreal.


Sebagai tindak balas Isreal merancang untuk menghapuskan pusat pengintipan utama mereka iaitu Syria dan Mesir..untuk melakukan misi2 ini Isreal amat memerlukan pengintip yang terbaik bukan sahaja boleh menyamar sebagai org Arab tetapi juga menyusup masuk dalam pucuk pimpinan kerajaan Arab ini...kesemua ini bukan masalah besar kepada Isreal kecuali identiti tempat lahir.. bagi melakukan tugas2 ini Pusat pengintipan Isreal " Mossad" menyambut cabaran ini .. untuk melahirkan pengintip yang berkemahiran tinggi dan sukar dikesan oleh pihak keselamatan Arab.... iaitu seorg pengintip Mossad ..ELIE COHEN


Elie Cohen dilahirkan di Iskandariah, Mesir pada 1924, anak kepada Saul dan Sophie Cohen yang telah berhijrah dari Aleppo, Syria sebelum Perang Dunia 1, Elie telah dibawa dan tinggal di perkampungan Yahudi di Iskandariah. Elie merupakan pelajar yang pintar di sekolahnya . Dia melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi Perancis dan seterusnya di Farouk Universiti. Apabila negara Isreal mula dibentuk , keluarga beliau berhijrah di sana dan beliau bekerja di kedai buku sebagai jurujual kemudiannya menyertai Mossad. Apabila berlaku Gerakan Suez pada tahun 1956.. di mana rakyat Mesir berlaku kejam terhadap masyarakat Yahudi.. beliau terlibat dengan beberapa siri pengeboman di Kaherah & Iskandariah terhadap kerajaan Mesir dan berjaya melepaskan diri dari ditangkap oleh polis Mesir...ini kejayaan pertama beliau sebagai pengintip Mossad...Kejayaan tersebut menyebabkan beliau dipanggil oleh Kementerian Pertahanan Isreal untuk melaksanakan misi yang lebih besar & memandangkan wajahnya seperti org Arab & memahami budaya & adat resam org Arab ...beliau ditugaskan mengintip di negara Syria...

Tugas utama Elie ialah membuat banyak hubungan kawan di Jerusalem di mana ramai ahli perniagaan Syria tinggal di sana terutama di hotel King David. Mossad hendak menjadi Elie Cohen ini sebagai seorang arab islam dan syria ini membolehkan beliau menyusup masuk ke Mesir dan ini memudahkan lagi dirinya masuk ke Syria. Elie Cohen diberikan latihan untuk menjadi seorang islam yang taat pada agamanya dan menjadi org Arab syria dengan mempelajari cara adat & budaya arab di sana seperti mempelajari Al-Quran, Hadith, hukum-hakam islam .

Kemudiannya identitinya ditukarkan kepada Kamel Amira Tabet.Melalui identiti baru ini akan menjadikan beliau sebagai seorang usahawan tekstil Syria yang berhijrah di Argentina, kemudian pula menjadi agen pelancongan. Perancangan pengintipan Mossad ini dirancang bersama KGB ini membolehkan beliau menyusup masuk Syria lebih cepat tanpa perlu masa yang lama. Sebelum ini beliau menjalani latihan intensif bagaimana hemdak menterjamahkan kod-kod rahsia dan menghantar kod2 tersebut dalam bentuk mikro-fotograf dan radio tranmission.

Tindakan seterusnya ialah membuat hubungan rapat dengan masyarakat Syria di Argentina, dengan bantuan kewangan daripada Mossad membolehkan beliau menganjurkan kegiatan amal dan derma di kalangan Arab yang tinggal Argentina. Ini membolehkan nama beliau terkenal sebagai seorang pemurah dan terkenal di kalangan org arab dan dia juga mula membuat hubungan persahabatan dengan beberapa org pengawai Syria di Kedutaan Syria di Argentina.

Setelah menjadi terkenal dan popular di kalangan masyarakat Arab di Argentina, membolehkan Kamel (Elie Cohen) menjadi sebagai ahli parti Baathist dan membuat hubungan rapat dengan masyarakat di Syria pulak. Beliau terkenal dengan sikap pemurah dan kegiatan amal serta memusuhi Isreal. Pada tahun 1962, beliau memulakan menjalani pengintipan ke atas Syria, di mana beliau diarahkan oleh Mossad pergi ke Damsyik.Semasa di Damsyik, Kamel (Elie Cohen) banyak menderma untuk menampung kegiatan amalnya. Peranan ini memudahkan tugasnya untuk melakukan pengintipan.
Perbuatan Kamel tu sukar dikesan oleh pihak keselamatan Syria.

Bagi melicinkan operasinya, beliau menjadi seorang ejen perkahwinan di salah sebuah firma di Damsyik. Dalam masa yang singkat beliau mempunyai ramai kawan terutama dari golongan peniaga dan usahawan Syria. Bagi mengelakkan kegiatan pengintipan dikesan beliau berkahwin dengan seorang gadis islam.Beliau diberi peluang untuk mengadakan ceramah dalam Radio Damsyik dalam program Spanish. Rancangan ini begitu digemari oleh masyarakat Syria dan ini membolehkan beliau mendapat maklumat2 dari Kementerian Penerangan Syria.

Peluang ini digunakan sebaik2nya oleh Kamel, ini membolehkan beliau berkenalan dengan pengawai2 dan menteri serta org berpengaruh di Syria.Setelah dapat masuk di Syria.. Kamel mula berlagak sebagai pejuang fanatik Arab Islam, pro Baathist serta anti-Isreal. Sebagai seorg pro parti Baathist, beliau berpeluang untuk menyuarakan pandangan kepada kerajaan Syria dengan mengatakan bahawa kekuatan Syria kurang untuk menentang Isreal secara berdepan dan mencadangkan agar menceroboh Isreal secara junta tentera jika Syria mahu terus hidup dengan selamat dari ancaman luar.

Ini menyebabkan kebimbangan berlaku di kalangan pengawai tentera Syria dan ini membolehkan Kamel mengetahui kekuatan dan kedudukan tentera Syria.Kedudukan beliau sangat penting hireaki pemerintahan parti Baathist di Syria, antara rakan2 rapat beliau adalah Salem Saif – juruhebah Radio Damsyik, Magd al Ard – usahawan penting di Syria, Abdullah Hashan –Editor majalah Arab world, beberapa pengawai tinggi tentera termasuk Jeneral Amin El-Hafiz (menjadi Presiden Syria 1963)Serta juga menjadi salah seorg yang dapat menemani Presiden Syria Sallah Bitar ketika membuat lawatan ke negara Arab2 dan beliau juga menjadi salah seorang yang penting di dalam apa saja perbincangan Presiden Syria.

Kini Kamel bukan sahaja tau tentang rancangan tentera Syria tetapi hampir kesemua negara2 Arab yang lainSementara itu Kamel menggunakan villanya sebagai tempat perbincangan bagi pegawai-pengawai tertinggi tentera Syria, banyak rahsia tentera Syria terbongkar dan di samping itu Kamel membuat fakta-fakta yang palsu tentang kekuatan dan kedudukan serta perancangan tentera Isreal kepada tentera Syria bagi membolehkan dia mengetahui rancangan yang terbaru dan apakah strategi yang akan diambil oleh tentera Syria.Penghantaran maklumat ke Isreal melalui transmission radio di rumah Kamel, secara ni agak bahaya kerana disimpan di rumah lambat-laun akan diketahui jugak ini tidak disedari oleh kamel sendiri.

Kerana asyik menghantar maklumat Isreal serta yakin sendiri tidak digugat oleh sesiapa. Beliau tidak menyedari bahawa diekori oleh perisik2 Mesir. Perisik Mesir mengetahui Kamel melalui rakan sedarjah Kamel berbangsa Mesir yang bersekolah dengannya 30 tahun yang lalui .

Maklumat2 yang dihantar oleh Kamel disiarkan dalam majalah Voice of Isreal menyebabkan pihak perisik Syria mensyaki ada org dalam membocorkan maklumat kepada Isreal.Ketegangan dan syak-wasangka telah menyelubungi kerajaan Syria di Damsyik. Kamel menyedari akan hal ini dan keadaan bertambah rumit dengan identitnya diketahui oleh org lain. Pihak Mossad tidak berbuat apa2 tindakan utk menyelamatkan Kamel kerana yakin keadaan akan pulih walaupun keadaan bertambah genting.

Tanpa pengetahuan Kamel, tentera Syria telah menghantar pasukan perisiknya utk mensabotaj ke atas Isreal. Setelah diselidik oleh tentera Syria, didapati ada perisik di dalam pucuk pimpinan Syria. Pada suatu pagi, Kamel seperti biasa menghantar maklumat ke Isreal di villanya telah diberkas oleh unit risikan Syria dipimpin oleh Kolonel Ahmed Swidani.Dengan sekelip mata sahaja berita penangkapan Elie Cohen atau Kamel telah tersedar luas terutama dari Radio Damsyik yang mengatakan bahawa Kamel adalah perisik Isreal, berita ini memeranjatkan seluruh rakyat Syria.

Org yg paling bimbang ialah Presiden Syria sendiri kerana baik dengan Kamel dan takut kedudukan tergugat kelak.Bagi menyelamatkan Elie Cohen dari tahanan, kerajaan Isreal cuba membawa kes ini ke mahkamah agar dapat membebaskan beliau. Kerajaan Isreal mengambil 2 peguam dari Perancis iaitu Batonnier Paul Arrighi dan Mai'tre Jecques bagi membela Ele Cohen tetapi kerajaan Syria tidak membenarkan peguam ini memasuki Syria. Kerajaan Syria bertindak menjatuhi hukuman mati ke atas Elie Cohen & 2 org Syria didakwa bersubahat.

Dalam keadaan senyap2 kerajaan Isreal menawarkan pertukaran dengan kerajaan Syria iaitu wang berjumlah sejuta dolar & 10 org ejen Syria yang ditahan. Tetapi kerajaan Syria tetap dengan pendiriannya utk meneruskan hukuman ke atas Elie dan mempercepatkan hukuman ke atasnya kerana dikhuatiri rakan2 ElieCohen yang berada dalam kerajaan akan membelot dan membebaskannya bagi menjaga kepentingan dan kedudukannya.

Pada 18 May 1964, Elie Cohen dan 2 org Syria di gantung sampai mati di khalayak ramai di Damsyik. Mayatnya dikebumikan di Damsyik selepas tghari dan tidak dibenarkan bawa balik ke Isreal.

Ada juga sumber berpendapat mayat Elie Cohen tidak dibenarkan dibawa balik ke Isreal kerana dia didera dengan teruk sekali dan juga dikatakan tubuh Elie telah dikerat-kerat terlebih dahulu sebelum digantung.
Tidak pernah terjadi di dalam sejarah dunia perisikan ketika itu, sebuah negara sanggup menawarkan wang sejuta dolar utk menyelamatkan seorg perisik dari dihukum mati. Oleh itu beliau dipanggil pengintip sejuta dolar....Walaupun Elie telah dihukum mati dan ada yang berpendapat bahawa dia seorg pembelot, pengkhianat dan sebagainya tetapi ada juga beranggapan Elie ini adalah seorg wira di mana beliau telah berjaya menghancurkan sebuah kerajaan.

Dengan kejayaan Elie Cohen merisik Syria dan negara Arab menyebabkan Isreal menang dengan mudah di dalam peperangan pd 1967 iaitu " Perang Enam Hari" yang mana Isreal dapat mengalahkan 7 negara Arab dalam masa 6 hari sahaja ini memalukan dunia Arab dan Islam

No comments:

Post a Comment