Sep 16, 2010

16 September Hari Malaysia : Apabila Budak Kita Miskin Ilmu.

Hari ini,Tarikh 16 September kita bercuti.Sepatutnya dah lama diisytiharkan sebagai cuti umum yang dikenali sebagai hari Malaysia.Malam tadi dalam berita TV3 pukul 12.00 malam didapati ramai terpinga-pinga bila ditemuramah oleh seorang wartawan TV3 kenapa hari ini 16 September dijadikan cuti umum dan apakah itu hari Malaysia?Yang boleh menjawapnya cuma 2 orang sahaja itupun uncle-uncle kita.

Mungkin ramai dari kita keliru agaknya hari malaysia 16 september tu hari kemerdekaan kita sebenarnya,jadi yang tarikh 31 Ogos tahun 1957 itu apa?

Kalau mat salih depa akan cari maklumat kenapa sesuatu itu berlaku berbeza dengan orang kita yang taknak ambik tahu.Inilah akibat miskin ilmu di kalangan orang kita.

(Hari Malaysia 16 September adalah hari memperingati pembentukan negara Malaysia dengan kemasukan Sabah,Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia dalam tahun 1963 pada tarikh tersebut.2 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1965 Singapura disingkirkan malahkala Sabah dan Sarawak kekal didalam Malaysia hingga kini)

Dari Meja Ery Temiang

No comments:

Post a Comment