Feb 12, 2011

Hosni Murbarak Tumbang Jua.

Sudah lama aku tidak mengupdate blog aku ni.Apa yang berlaku di Mesir tumbangnya pemimpin paling lama,Hosni Murbarak yang memerintah negara Mesir semasa aku masih kecik lagi selama 3 dekad.

Kemiskinan di Mesir sudah mencengkam sebahagian besar rakyat disana selama 30 tahun semasa pemerintahan murbarak.Tiada banyak langkah yang dilakukan oleh kerajaan murbarak untuk mengurangkan peratus kemiskinan disana sedangkan setengah menteri dan murbarak sendiri semakin lama semakin kaya.

Selain masalah kemiskinan dan amalan demokrasi yang cacat yang merupakan faktor utama kejatuhan murbarak polisi berbaik-baik dan menjadi pak turut pada Israel dan Amerika juga merupakan faktor utama tumbangkan 'firaun terakhir' tersebut (murbarak)

Tarikh 11 februari 2011 menjadi tarikh bersejarah buat Mesir jatuhnya seorang diktator yang bernama Hosni Murbarak,antara pemimpin Arab paling lama memegang kuasa pemerintahan.

No comments:

Post a Comment