Apr 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa Assalamua'laikumSaya menampilkan di sini Hikayat Merong Mahawangsa asal kerana;1. Ia sukar ditemui kerana pada zaman dahulu, ada pihak yang telah cuba memusnahkan kesemuanya.2. Ia diterima sebagai buku sejarah(dalam tulisan jawi) sejak penubuhan sekolah di Malaysia.3. Filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' oleh KRU tidak menonjolkan tujuan asal penceritaannya iaitu untuk memberitahu 'anak cucu' tentang kehidupan orang Kedah sebelum Islam sehingga mereka memeluk Islam.4. Selepas pendahuluan, cerita dimulakan dengan cerita Garuda dan Nabi Allah Sulaiman. Ini menunjukkan betapa pentingnya cerita tersebut kepada orang Kedah dan mungkin juga menjadi sebab utama mereka dengan mudah menerima dan menganut agama Islam. Dengan ini, saya tak menganggap cerita ini sebagai khayalan atau mitos seperti yang diterima oleh para sasterawan dan sejarahwan.5. Al-Quran ada menceritakan tentang Nabi Sulaiman a.s. yang boleh bertutur dengan binatang dan Jin. Ini tidak bertentangan dengan cerita Nabi Allah Sulaiman yang disebut dalam cerita asal HMMahawangsa.6. Nabi Sulaiman a.s. ialah anak kepada Nabi Dawud a.s. yang dianugerahkan oleh Allah kepandaian tentang penggunaan besi;Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya; Ayat 80"Dan Kami ajarkan (pula) kepada Dawud cara membuat baju besi untukmu, guna melindungi kamu dalam peperanganmu. Apakah kamu bersyukur (kepada Allah)?"Kebelakangan ini terdapat satu kajian dijalankan oleh para arkeologis USM di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Apa yang menarik ialah mereka telah mendedahkan tapak-tapak peleburan besi. Lihat;http://www.arkeosungaibatu.blogspot.com/Besi mentah hasil dari tapak peleburan itu dikatakan diekspot. Mungkinkah pengimpot besi ini keturunan Nabi Sulaiman a.s. atau mereka yang telah mempelajari teknologi ini daripada Nabi Sulaiman a.s. ?Selain itu, terdapat juga bukti bahwa air laut telah surut sama seperti yang diceritakan di dalam Hikayat ini iaitu Pulau Seri menjadi Gunung Jerai.Maka bukti-bukti arkeologi dan geologi ini mengukuhkan lagi anggapan saya bahwa cerita daripada keturunan Kesultanan Negeri Kedah ini bukanlah khayalan atau mitos.Akhir kata, saya benarkan blog ini dikongsi bersama secara pautan dan lain-lain kerana ilmu mesti dikongsi bersama.Moga kebenaran akan terbukti. InsyaAllah.Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment