Sep 16, 2010
16 September Hari Malaysia : Apabila Budak Kita Miskin Ilmu.
Mungkin ramai dari kita keliru agaknya hari malaysia 16 september tu hari kemerdekaan kita sebenarnya,jadi yang tarikh 31 Ogos tahun 1957 itu apa?
Kalau mat salih depa akan cari maklumat kenapa sesuatu itu berlaku berbeza dengan orang kita yang taknak ambik tahu.Inilah akibat miskin ilmu di kalangan orang kita.
(Hari Malaysia 16 September adalah hari memperingati pembentukan negara Malaysia dengan kemasukan Sabah,Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia dalam tahun 1963 pada tarikh tersebut.2 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1965 Singapura disingkirkan malahkala Sabah dan Sarawak kekal didalam Malaysia hingga kini)
Dari Meja Ery Temiang
Sep 15, 2010
Gambar2 Kes Sosilawati.

Unit CSI/Forensik PDRM sedang mengumpul sisa-sisa mayat 4 mangsa termasuk Sosilawati untuk dijadikan bahan bukti berserta dengan barang2 peribadi mangsa seperti jam tangan,cincin dan sebagainya.

Suspek utama pembunuhan kejam tersebut.Seorang yang berpangkat Dato dan mempunyai firma guamannya sendiri di Banting.Mempunyai rekod buruk.Disyaki suspek utama dalam kes kehilangan 4 orang dahulu iaitu seorang warganegara India dan 3 ahli perniagaan iaitu seorang India dan 2 melayu.Menjadi broker dan menjalankan urusniaga jual/beli tanah di Pulau Penang bernilai RM4 juta.

Wajah sebenarnya suspek utama dalam kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya.
Jun 24, 2010
'PENANGAN' TEMAN WANITA IKER CASILLAS.

Kekalahan mengejut pasukan Sepanyol kepada pasukan Switzerland pada perlawanan awal untuk Kumpulan H yang lepas memang mengejut.Masakan ini berdasarkan pada kepada kedudukan ranking sepanyol di tempat ke-2 terkuat selepas Brazil boleh tumbang kepada pasukan di tempat ranking FIFA yang ke-24 dunia,Switzerland.
Kebanyakkan rakyat dan peminat pasukan Sepanyol menyalahkan Sara Carbonero (Gambar) teman wanita kepada kapten dan penjaga gol Sepanyol,Iker Casillas sebagai punca kekalahan tipis sepanyol kepada switzerland.
Sara Carbonero yang bertugas sebagai wartawan untuk stesen TV sepanyol.Telecinco kebetulan diberi tugas untuk berita perlawanan diantara sepanyol dan switzerland tersebut.Sara dikatakan memakai pakaian seksi dan berada dibelakang gawang gol yang dikawal oleh 'boyfriendnya' itu,si iker casillas.Ramai peminat dan penyokong Sepanyol percaya Iker Casillas kurang memberi tumpuan kerana terbayang akan keseksian Sara yang berada dibelakangnya.Dalam perlawanan kumpulan H tersebut Sepanyol tewas 0-1 kepada Switzerland.
Kasihan Sara,kalau sudah kalah macam-macamlah perkara yang hendak dipersalahkan oleh peminat dan penyokong yang tidak boleh menerima hakikat adat permainan iaitu menang dan kalah.
Jun 9, 2010
FAKTA PIALA DUNIA 2010: DATA PASUKAN TUAN RUMAH,AFRIKA SELATAN

Jun 6, 2010
Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia

DITEMBAK MATI SELEPAS TERSUMBAT GOL SENDIRI
Jun 5, 2010
Ringkasan Khas Piala Dunia 2010
Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia.

Jun 2, 2010
Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia


Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia

Jun 1, 2010
Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia
May 30, 2010
Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia.

Pemain skuad Perancis Lucien Laurent merupakan orang pertama menjaringkan gol pada Temasya Piala Dunia yang pertama dalam tahun 1930 ketika Perancis menentang Mexico.
Lucien menjaringkan gol minit ke 13.Perancis menang keatas Mexico 4-1.
(1907-2005 Lucien Laurent,penjaring gol pertama dalam Sejarah Piala Dunia)
Sejarah dan Fakta Piala Dunia
DAN PEMAIN YANG PERTAMA DIBUANG
PADANG

Tahukah anda bahawa penggunaan kad kuning dan merah untuk mengadili permainan bolasepak hanya bermula pada tahun 1974 sewaktu Piala Dunia di Jerman Barat.
Pemain Chile,Carlos Caszely (Gambar) merupakan orang yang pertama menerima kad merah pada minit ke 67 ketika skuad Chile menentang Skuad Jerman Barat pada temasya tersebut.
May 29, 2010
Ringkasan Sejarah dan Fakta Piala Dunia

SEJARAH PIALA DUNIA 1930
Apr 13, 2010
Zombie pun ada dalam Masyarakat Melayu!

Feb 18, 2010
Roket terbaru Iran

Feb 17, 2010
Gambar-gambar sekitar perjumpaan semula bekas pelajar ACS Ipoh






Feb 14, 2010
Reunion Ex- Student

(Story update today 17-02-2010)
Alhamdulilah akhirnya majlis 'jejak kasih' menemui kawan-kawan seperjuangan masa zaman persekolahan dahulu berjaya.
Majlis perjumpaan tersebut telah diadakan di hotel Sri Malaysia cawangan Ipoh pada 15 Feb lepas.Aku difahamkan majlis tersebut bukannya hanya dihadiri oleh mereka yang seangkatan denganku iaitu batch SPM 1990 tapi turut dihadiri mereka senior batch SPM 1989 dan Junior batch SPM 1991 dan 1992.Apa yang menarik tentang perjumpaan tersebut ialah ianya turut dihadiri oleh bekas guru dan guru yang masih mengajar semasa zaman aku dahulu.
Gambar dan Video akan disiarkan nanti.
Feb 13, 2010
Kapal selam rosak...!

Mengingati ulangtahun kelahiranku.
Dalam peringkat umurku yang dewasa ini semestinya banyak peristiwa dan pengalaman hidup yang telah ku tempuhi.
Bagi aku tanggal 12 februari juga adalah tanggal bagi kelahiran beberapa tokoh penting dan juga peristiwa bersejarah.
Tokoh/Selebriti.
1.Raja Conrad,Raja bagi negara Jerman dan Itali (1074)
2.Abraham Lincoln,Bekas Presiden AS yang ke-16 (1809)
3.Tun Hussein Onn,Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 3 (1922)
4.Christina Ricci,Aktres Hollywood (1980)
Peristiwa Penting.
1.1502,Vasco De Gama telah berlayar dari Lisbon,Portugal ke India buat kali ke-2
2.1771,Gustav 111 telah ditabalkan menjadi Raja Sweden.
3.1912 Negara China mula menggunakan tahun kalendar Gregorian.
4.Kesatuan Soviet Union melancarkan roket Venera 1 menhampiri planet Venus